Wednesday, July 9, 2008

Kalaulah ada yang boleh filemkan kronologi tragedi kezaliman ini..









Anak mangsa tahanan tujuh tahun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Aina Mardiah Shahrial menghembuskan nafas terakhir di Wad Blok A, Tingkat 3, Hospital Kajang selepas terlantar koma dan nazak sejak semalam tanpa sempat bertemu ayahnya akibat karenah birokrasi. Cuba bayangkan anda di tempat Aina yang nazak, terkapar dengan alat bantuan hayat serta bergantungan 'wire' di tangan serta hidungnya, mahu bertemu ayahnya sebelum dia pergi, namun hajatnya tidak kesampaian..

Ya Allah, musnahkanlah ISA dan mereka yang masih mahu pertahankan ISA !!!

Sabda Rasulullah s.a.w : “Dan takutlah engkau akan doa orang yang dizalimi, sesungguhnya (doa orang yang dizalimi itu) tidak ada di antaranya dan di antara Allah pendinding.” (Bukhari).

0 comments: