Wednesday, April 9, 2008

Kerja Kursus Sejarah Kedua

Tajuk : Salasilah Keluargaku
Tempoh Masa : 2 bulan
Bermula : 9hb April 2008
Apa yang perlu ada :
1. Seperti kerja kursus yang terdahulu, semua tajuk-tajuk kecil seperti
a. Tajuk
b. Isi kandungan
c. Penghargaan
d. Pendahuluan
e. Objektif kajian
f. Kaedah kajian
g. Dapatan kajian
h. Rumusan
i. Lampiran
j. Rujukan
Semua tajuk-tajuk kecil ini mesti ada di dalam kerja kursus pelajar

2. Perbincangan dengan pelajar telah pun dilakukan pada hari pertama tajuk kerja kursus ini dikeluarkan. Jika terdapat soalan, sila emailkan soalan ke email cikgu iaitu adnansmile@yahoo.com atau noormarlinaaziz@yahoo.com ataupun telefon 0197849066.

3. Perlu diingatkan, markah kerja kursus ini adalah sebanyak 20% dan akan dimasukkan ke dalam markah peperiksaan pertengahan tahun. Ketidak penghantaran kerja kursus akan mempengaruhi markah peperiksaan Sejarah tersebut.

4. Terdapat beberapa pelajar yang gagal menghantar kerja kursus yang pertama. Cikgu tidak dapat menolong menaikkan markah mereka. Keputusan ujian Sejarah bagi kali kedua telah pun dihantar kepada guru tingkatan.

5. Rasanya nasihat ini telahpun cikgu ulangkan berkali-kali. Sila buat kerja kursus dengan sebaik-baiknya. Kerja kusus yang dibuat sambil lewa, maka markah yang akan diberikan juga adalah markah yang sambil lewa juga.

6. Pelajar tidak perlu mem'binding' kerja kursus. Fail lama akan digunakan semula untuk mengisi kerja kursus yang baru.

1 comments:

usyarif_hardyboyz said...

Cikgu, x ada 'short cut' ke utk nak buat cabangan dekat 'family tree' dlm KKS !@#$%^}&*?><+{*