Sunday, April 13, 2008

Blog Rasmi Halimaton Yusof - Ibu Sufiah

Assalamualaikum............

Blog ni dihantar oleh seorang rakan kepada saya. Ini adalah blog rasmi yang dibuat oleh Halimathon Yusof iaitu ibu Sufiah menceritakan tentang salah anggapan yang diberikan terhadap keluarga beliau. Beliau berharap blog beliau dapat dihebahkan kepada seramai mungkin bagi mengatasi laporan akhbar yang berat sebelah walaupun maklumat yang diberikan oleh beliau dalam temuramah adalah yang sebenarnya.


Sila klik gambar di atas untuk ke lamanweb - www.hyusof.com

Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada keluarga beliau. Tiada seorang ibu yang mahu anaknya membuat kesilapan terutama seperti yang berlaku kepada Sufiah. Beliau menceritakan situasi sebenar yang berlaku di dalam blog ini bersama-sama dengan anak-anak beliau yang lain. Disamping itu beliau juga akan berkongsi teknik 'home schooling' yang diamalkan oleh beliau sehingga menjadikan anak-anak beliau lebih 'advance' dari orang lain.

Halimathon menyatakan tidak berlaku paksaan dalam teknik yang diamalkan oleh beliau cuma dengan kehadiran bapa Sufiah (Farooq) memberi tekanan kepada anak-anak mereka berpunca dari sikap panas baran Farooq.

Saya tidak mahu bercerita panjang hal keluarga beliau. Diharapkan kepada semua dapat membaca blog ini dan buat pertimbangan dengan akal yang waras.

0 comments: