Saturday, April 5, 2008

Konsert Amal Kasih

Konsert Kasih adalah satu konsert amal yang bertujuan bagi mengumpul
dana untuk Tabung Persatuan PENGASIH Malaysia. Melalui konsert amal
ini, badan korporat, jutaan, dermawan serta individu adalah di beri
peluang untuk bersama menyumbang di dalam melaksanakan program ini di
samping turut serta melaksanakan aktiviti-aktiviti yang akan
dilaksanakan oleh PENGASIH.

Melalui konsert ini, kami di PENGASIH Malaysia merancang untuk
mengadakan beberapa aktiviti bagi membantu kerajaan menangani masalah
social di negara kita, mungkin bagi sebilangan anda program ini
nampak membosankan tapi bagi kami di PENGASIH Malaysia, kami tidak
akan berputus asa dan berusaha terus dan merancangkan aktiviti tanpa
bergantung kepada bantuan kerajaan. Bagi kami mengadakan konsert ini
adalah salah satu cara yang sesuai bagi melaksanakan program dan
aktiviti dengan citarasa era baru.

Antara program yang di rancang adalah program yang bersangkutan
dengan anak remaja. Ini adalah kerana Anak Remaja adalah sasaran
utama kami, bagi kami cegah sebelum parah adalah sebaiknya dari
terantuk baru hendak mengadah.

0 comments: