Tuesday, April 29, 2008

Permit

Dah 1 jam kami melantit. Teh tarik dalam gelas besar baru separuh surutnya. Kami tak makan. Minum jer. Dah lewat malam. Bukan nak jaga badan. Tapi kat kedai mamak tu tak der apa yang menarik. Kecuali skrin tv besar yang dok tayang gambar bola negara Omputeh. Sesekali ada gak ‘halwa mata’ lalu dan duduk di meja berdekatan kami.

Tak ramai. Cuma kami bertiga. Semakin berkurang yang sertai aktiviti 'MLM-Meeting Larut Malam nie”. Mungkin sebab sekarang malam dan mula bahang. Lebih seronok duk kat rumah dari berbahang malam kat luar.

Dalam perbincangan kami. Diselitkan juga isu ini. Kesukaran untuk berkumpul. Macam dulu-dulu. Segalanya berubah. Ramai yang dah kawen. Ada komitmen lain. Tak dinafikan keluarga perlu diutamakan. Yang ada cuma kami. Yang dapat permit untuk berkumpul dan berhimpun secara aman ini.

Aku. SMS Zul. Tanya kat mana. Dah setengah jam tak sampai-sampai lagi. Seminit lepas tu Zul balas. “Maaf. Tak dapat keluar. Aku kena tahanan ISA kat umah.

Kami gelak besar baca SMS Zul. Tapi lepas tu semua diam. Dan masing-masing baru teringat. Permit mereka akan tamat tak lama lagi. Masa untuk beredar.

“Mamak. Kira”

0 comments: