Sunday, April 27, 2008

Beras

“Beras dah abis” bagitau mama.

Aku yang baru saja keluar dari bilik air sedikit tersentak. Diam seketika sebelum kembali menyambung kata-kata. “Eh, macam mana pulak boleh habis. Kerajaan dah kata bekalan mencukupi”

“Itu peringkat nasional. Nie beras kat rumah dah tak der nie”

Aku kembali terdiam. Kalau tak der beras nak makan aper pulak malam nie. Nak makan kat luar pun, duit kat dompet tinggal beberapa keping jer. Itu pun yang kaler biru. Malas pulak nak pegi cari ATM malam-malam nie.

Soal beras tiada bukan perkara yang boleh dipandang remeh.. Bila dah lapar sebab tak makan, orang akan jadi lebih cepat marah. Atas alasan nak cari makan, kita sanggup lakukan apa saja. Mungkin kerana kita dah biasa hidup mewah dengan makanan. Di negara orang, ada yang mati kebuluran tak makan. Di negara sendiri, ada yang sakit berpunca dari pemakanan.

Macam tak percaya. Rasanya aku masih ingat pelajaran Geografi yang aku dah ajar pada bebudak kat sekolah. Akan makmurnya negara ini dengan limpahan hasil pertanian. Padi diusaha secara meluas di beberapa negeri.

Mungkin kerana perubahan corak hidup dan sosio ekonomi. Tiada lagi yang mahu turun ke bendang. Kalau berselut pun, cuma kanak-kanak yang sibuk mencari ikan laga. Apakah kerana pagar yang makan padi, bekalan yang dicari semakin kurang hari ke hari.

Dalam kebingungan, aku terima SMS.

“Balik rumah jap malam nie. Ada sedara datang dari Perak” tulis mak aku.

“Jom” kata aku pada mama.

“Mana”

“Beras takder. Tak leh masak. Kita makan kat luar”.

* Malam tu, kami sekeluarga makan kat rumah mak aku jer. Alah..setakat 30 km jer jarak rumah kami. Bukan jauh pun. Mak datuk.....................

0 comments: