Tuesday, April 29, 2008

Jujur

Jumaat lepas.

Dahaga pula. Lepas Jumaat, kami minum lagi. Duduk ramai2 dikerusi panjang yg tersusun cam dewan makan sekolah dulu. Sambil2 bincang dan ulas tentang isi ceramah sebelum dan selepas solat tadi.

Tiba2 terasa cam ada getaran. Hmm, handphone aku vibrate kot. Sebelum Jumaat tadi dah tukar ker silent mode. Entah2 mama cari. Tengok handphone di poket kiri sepi. Tanya kat kawan sebelah. Mana tau handphone dia yg berbunyi. Bukan nak jadi busybody. Entah2 ada panggilan penting.

"Tak der la, Nan. Apehal " kata kawan disebelah disusuli pertanyaan bila melihat kerut di dahi aku. Tak de apa2. Cuma terasa cam ada vibration tadi. Ingat ada handphone bunyi ker aper.

"Ooh.. aku kentut tadi" jujur dia membuat pengakuan di hari Jumaat nie.

Aku tak jadi marah, tapi gelak.

Kentutnya tak kedengaran tapi kuasa dalamannya mencetuskan gegaran kecil.Hehhe

0 comments: